Meriam gerak sendiri Kenderaan tempur berperisai

Rencana utama: Meriam gerak sendiri

Meriam gerak sendiri atau (bahasa Inggeris:self-propelled gun (SPG)) ialah sebuah meriam, samada ia merupakan dalam bentuk artileri, meriam anti-kereta kebal atau meriam anti-pesawat, dipasang pada sebuah kerangka kenderaan bermotor beroda atau berunut. Meriam sebegini boleh dikendalikan dengan menggunakan kuasanya sendiri berlawanan dengan meriam tunda yang bergantung pada sebuah kenderaan atau alat lain bagi bergerak ke medan pertempuran. Meriam gerak sendiri merupakan sejenis senjata sokongan tempur; ia digunakan oleh unit-unit sokongan tempur bagi membantu atau ditumpangkan kepada unit-unit tempur utama seperti infantri dan armor.

Beberapa meriam gerak sendiri digunakan dalam bentuk artileri menyerupai meriam howitzer tunda tradisional dan juga terletak di bawah perincian kelas artileri gerak sendiri, tetapi dua istilah ini tidak sama dan ia bukan merupakan sub-kumpulan atau pengkhususan bagi yang satu lagi.

Kelebihan taktikal terbesar dalam kes meriam artileri secara jelasnya adalah darjah mobiliti yang tinggi yang dimilikinya dibandingkan dengan artileri tunda. Ia bukan hanya penting dalam menawarkan kelebihan fleksibilti kepada pasukan tentera yang lebih baik, tetapi juga kritikal bagi mengelakkan serangan (tembakan balas bateri) daripada musuh dengan membenarkan kedudukan meriam ditukar serta merta selepas melepaskan sebutir atau dua butir peluru dan sebelum kedudukan mereka dapat diketahui (taktik "tembak-dan-lari"). Kelebihan kedua adalah dari segi meriam berperisai yang dapat memberi perlindungan kepada krew meriam.